Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
SEGAK ialah singkatan daripada perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk murid sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan murid sekolah untuk mengukur Kecergasan berdasarkan kepada standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui diperingkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada lima aktiviti iaitu indeks jisim badan, naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkaun melunjur.

Pada ujian pra, catatan Body Mass Index (BMI) saya adalah 20.6. Kadar indeks jisim badan ini terdiri daripada jisim badan iaitu sebanyak 48 kilogram (kg) dan berketinggian 152.5 centimeter (cm). Ukuran BMI ini menunjukkan komposisi badan saya berada dalam keadaan normal. Pada ujian post pula, catatan BMI saya kekal pada catatan 20.6, walaupun berlaku penurunan pada berat badan saya kepada 47.9 kg. Saya masih berjaya mengekalkan BMI saya pada tahap normal kerana saya mengamalkan pengambilan makanan yang sihat pada setiap hari.
Seterusnya, untuk ujian naik turun bangku, kadar denyutan nadi saya pada ujian pra adalah sebanyak 120 denyutan dalam masa seminit. Manakala pada ujian post, catatan kadar denyutan nadi saya meningkat kepada 130 denyutan seminit. Hal ini menunjukkan bahawa tahap daya tahan kardiovaskular saya semakin menurun disebabkan berlaku peningkatan kadar denyutan nadi seminit saya. Hal ini mungkin juga disebabkan saya semakin kurang bersukan pada waktu petang berbanding dengan sebelum-sebelum ini menyebabakan kadar metabolisme saya semakin lemah.
Selain itu, catatan ujian tekan tubi saya pada peringkat pra ialah sebanyak 35 kali dan catatan pada ujian tekan tubi saya pada peringkat post semakin meningkat iaitu dengan catatan sebanyak 40 kali. Peningkatan bilangan ujian tekan tubi ini menunjukkan bahawa keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu saya semakin meningkat. Hal ini demikian kerana, saya sering melakukan tekan tubi di dalam bilik pada waktu petang untuk meningkatkan ketahanan daya tahan otot biceps dan otot triceps saya.
Pada ujian ringkuk tubi separa pula, saya mencatatkan bilangan sebanyak 25 kali pada ujian pra. Manakala, pada ujian post pula saya mencatatkan sebanyak 26 kali bilangan. Hal ini menunjukkan bahawa saya berjaya mengekalkan daya tahan dan kekuatan otot abdomen saya.
Catatan ujian jangkauan melunjur saya pula adakah sebanyak 33 cm pada ujian pra dan meningkat kepada 35 cm pada ujian post. Halini menunjukkan bahawa fleksibiliti saya semakin meningkat kerana saya sering meregangkan badan saya sebelum ujian post dijalankan.
Akhir sekali, catatan ujian bleep saya juga turut mencatatkan peningkatan iaitu dari level 4/1 pada ujian pra dan meningkat kepada level 4/3 pada ujian post. Hal ini kerana saya sering berjoging untuk meningkatkan stamina saya.
No comments:
Post a Comment